Wednesday, 18 January 2012

teNtaNg LaVenDeR

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera…

Tertarik dengan artikel Ustazah Noraslina Jusin yang mula ditatap oleh netizen yang dahagakan secebis motivasi penguat semangat yang penat akibat ujian yang datang bertalu-talu.. ya.. soal hati dan perasaan memang sangat sukar untuk diungkapkan.. izinkan saya untuk memetik sajak di dalam entri tersebut;

CINTA 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk ayah ibumu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu pada suamimu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk anak-anakmu?
Pasti jawapanku 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu untuk saudara seakidahmu?
Pasti jawapanku, 100%.

Andai mereka bertanya, lalu berapa pula peratus cintamu untuk dirimu sendiri?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai mereka keliru lantas tertanya-tanya, masakan begitu?
Bukankah setelah dibahagi, cinta itu pasti berkurang peratusannya?
Pasti jawapanku, beserta senyum malu-malu,
Ada satu di dunia ini, walau dibahagi seberapa banyakpun, ia tetapkan sama..
Tidak berkurang walau sedikitpun,
Itulah CINTA…

Anugerah paling berharga dari Yang Maha Esa.

Artikel penuh boleh dibaca di sini..


Ya.. cinta.. satu perkataan yang cuba untuk dielak berkali-kali kerana ia menyakitkan.. tapi, tidak bernama cinta sekiranya ia menyakitkan.. seperti lirik lagu Cinta – Amy Mastura. Cinta itu sesuatu yang indah.. tapi kenapa pencinta masih merasa sakit? Owh.. sudah tentu saya tidak mempunyai jawapan yang tepat kepada persoalan itu.. malah sesiapa pun tidak akan mampu untuk memberi jawapannya.. kerana, cinta itu satu perasaan yang sangat sukar dimengertikan.. sukar untuk diungkapkan.. sukar untuk diinterpretasikan.. sukar untuk diekspresikan.. yess.. sangat-sangat sukar..

Kekadang kita sering tertanya, begitu indahkah cinta sehingga ramai yang menjadi pencandu cinta? Bagaimana bagi mereka-mereka yang tidak pernah merasai dan mengenal apa itu cinta? Ah.. tipulah.. setiap orang akan merasainya.. itu adalah pasti.. bukankah berkasih-sayang itu adalah fitrah manusia? Mengapa harus menafikan perasaan fitrah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada manusia? Lagikan haiwan pun punyai naluri kasih sayang..

Perasaan cinta itu tidak salah.. tetapi kaedah mengekspresi rasa cinta itu salah.. salah sekiranya diekspresikan dengan cara yang bertentangan dengan syariat. Ni kempen “Elakkan Pencemaran Cinta” ye kawan-kawan.. cinta yang tercemar tidak akan ke mana.. jika ingin bahagia di dunia dan akhirat, sandarkan rasa cinta kepada Allah.. cintai dan kenalilah Allah, Rasulullah S.A.W dan diri sendiri dulu.. barulah cintai yang selainnya.. insya Allah kita tidak akan kecewa..

Cinta itu indah sekiranya saling memberi dan menerima..
Cinta itu menyakitkan sekiranya asyik memberi tetapi tidak menerima..
Cinta itu membosankan sekiranya penuh kepura-puraan..

Tapi dalam banyak-banyak cinta, cinta dunia la yang paling ditakuti.. kerana apabila sudah jatuh cinta dengan nikmat dunia yang palsu, cinta akhirat sudah tiada.

Peliharalah cinta.. peliharalah hati.. memberilah.. dan menerimalah.. andai kebahagiaan ada di situ.. namun jangan putus asa sekiranya tidak menerima.. kerana janji Allah itu pasti..


P/s: Cinta bukanlah segala-galanya.. tetapi segala yang berlaku adalah kerana cinta..

1 comment:

awak!tinggalkan comment awak kat sini oke. . muahx!