Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera…
Tertarik dengan artikel Ustazah Noraslina Jusin yang mula ditatap
oleh netizen yang dahagakan secebis motivasi penguat semangat yang penat
akibat ujian yang datang bertalu-talu.. ya.. soal hati dan perasaan
memang sangat sukar untuk diungkapkan.. izinkan saya untuk memetik sajak
di dalam entri tersebut;
CINTA 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk ayah ibumu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu pada suamimu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk anak-anakmu?
Pasti jawapanku 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu untuk saudara seakidahmu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai mereka bertanya, lalu berapa pula peratus cintamu untuk dirimu sendiri?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai mereka keliru lantas tertanya-tanya, masakan begitu?
Bukankah setelah dibahagi, cinta itu pasti berkurang peratusannya?
Pasti jawapanku, beserta senyum malu-malu,
Ada satu di dunia ini, walau dibahagi seberapa banyakpun, ia tetapkan sama..
Tidak berkurang walau sedikitpun,
Itulah CINTA…
Anugerah paling berharga dari Yang Maha Esa.
Artikel penuh boleh dibaca di sini..
Ya.. cinta.. satu perkataan yang cuba untuk dielak berkali-kali
kerana ia menyakitkan.. tapi, tidak bernama cinta sekiranya ia
menyakitkan.. seperti lirik lagu Cinta – Amy Mastura. Cinta itu sesuatu
yang indah.. tapi kenapa pencinta masih merasa sakit? Owh.. sudah tentu
saya tidak mempunyai jawapan yang tepat kepada persoalan itu.. malah
sesiapa pun tidak akan mampu untuk memberi jawapannya.. kerana, cinta
itu satu perasaan yang sangat sukar dimengertikan.. sukar untuk
diungkapkan.. sukar untuk diinterpretasikan.. sukar untuk
diekspresikan.. yess.. sangat-sangat sukar..
Kekadang kita sering tertanya, begitu indahkah cinta sehingga ramai
yang menjadi pencandu cinta? Bagaimana bagi mereka-mereka yang tidak
pernah merasai dan mengenal apa itu cinta? Ah.. tipulah.. setiap orang
akan merasainya.. itu adalah pasti.. bukankah berkasih-sayang itu adalah
fitrah manusia? Mengapa harus menafikan perasaan fitrah yang
dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada manusia? Lagikan haiwan pun punyai
naluri kasih sayang..
Perasaan cinta itu tidak salah.. tetapi kaedah mengekspresi rasa
cinta itu salah.. salah sekiranya diekspresikan dengan cara yang
bertentangan dengan syariat. Ni kempen “Elakkan Pencemaran Cinta” ye
kawan-kawan.. cinta yang tercemar tidak akan ke mana.. jika ingin
bahagia di dunia dan akhirat, sandarkan rasa cinta kepada Allah.. cintai
dan kenalilah Allah, Rasulullah S.A.W dan diri sendiri dulu.. barulah
cintai yang selainnya.. insya Allah kita tidak akan kecewa..
Cinta itu indah sekiranya saling memberi dan menerima..
Cinta itu menyakitkan sekiranya asyik memberi tetapi tidak menerima..
Cinta itu membosankan sekiranya penuh kepura-puraan..
Cinta itu menyakitkan sekiranya asyik memberi tetapi tidak menerima..
Cinta itu membosankan sekiranya penuh kepura-puraan..
Tapi dalam banyak-banyak cinta, cinta dunia la yang paling ditakuti..
kerana apabila sudah jatuh cinta dengan nikmat dunia yang palsu, cinta
akhirat sudah tiada.
Peliharalah cinta.. peliharalah hati.. memberilah.. dan menerimalah..
andai kebahagiaan ada di situ.. namun jangan putus asa sekiranya tidak
menerima.. kerana janji Allah itu pasti..
P/s: Cinta bukanlah segala-galanya.. tetapi segala yang berlaku adalah kerana cinta..



This comment has been removed by the author.
ReplyDelete